KUNJUNG BANTU
Aktiviti lawatan dan pemantauan untuk menyalurkan khidmat sokongan, bimbingan serta pementoran bagi tujuan meningkatkan kecemerlangan pengurusan PPKI.
Mengesan kekuatan dan kelemahan serta isu-isu pelaksanaan PPKI
Memberi sokongan dan bimbingan kepada sekolah dalam menguruskan pelaksanaan PPKI khususnya bagi meningkatkan kemenjadian MBK di PPKI.
Sekolah mendapat sokongan dan bimbingan secara berterusan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan PPKI
ASPEK KUNJUNG BANTU
ASPEK 1 : Kepimpinan dan Hala Tuju
ASPEK 2 : Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
ASPEK 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
ASPEK 4 : Pengajaran dan Pembelajaran (Pedagogi)
ASPEK 5 : Kemenjadian Murid Berkeperluan Khas ( MBK)
Pengetua/Guru Besar (PGB) dibantu oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras PPKI berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi perlu berupaya mengembeleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu, khususnya warga PPKI bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PPKI.
Organisasi pengurusan PPKI diurus dengan mengambil kira kompetensi dan keperluan sumber, kemudahan infrastruktur serta berfungsi dengan cekap dan berkesan.
Pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid PPKI diurus dengan mengambil kira keperluan dan keupayaan MBK.
Guru merancang persediaan yang rapi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian MBK dalam akademik.
MBK menunjukkan peningkatan berdasarkan matlamat RPI pada tahun semasa. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pengurusan kemenjadian MBK di PPKI dengan berkesan.