PERBINCANGAN BERHUBUNG PENYELARASAN PELAKSANAAN ZERO REJECT POLICY (ZRP)
Bagaimanakah pelaksanaan Zero Reject Policy?
a) Semua MBK perlu diterima masuk ke mana-mana sekolah pilihan.
b) Bagi MBK prasekolah tertakluk kepada dasar sedia ada (Surat Siaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM).
Adakah MBK boleh mendaftar ke sekolah yang tiada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?
MBK boleh mendaftar ke mana-mana sekolah pilihan.
Keputusan mesyuarat :
a) Sekolah perlu menerima semua MBK
b) JPN/PPD perlu membantu pihak sekolah dan ibu bapa dalam menempatkan MBK ke sekolah yang bersesuaian.
Adakah tempoh percubaan tidak melebihi tiga bulan masih berkuatkuasa?
a) Tempoh percubaan tidak melebihi tiga bulan masih berkuatkuasa tetapi BUKAN bertujuan untuk penolakan MBK. Tempoh percubaan ini bertujuan untuk :
i) Memberi intervensi dan sokongan yang bersesuaian kepada MBK bagi meminimakan ketidakupayaan untuk mengikut pembelajaran.
ii) Menentukan kesesuaian penempatan MBK mengikuti pendidikan khas
Rujukan
i) Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas
ii) Panduan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan Murid Berkeperluan Khas
Adakah pihak sekolah boleh menangguhkan persekolahan MBK yang telah berdaftar?
Pihak sekolah tidak boleh menangguhkan persekolahan MBK yang telah berdaftar.
Keputusan Mesyuarat : Pihak sekolah perlu membantu memenuhi keperluan asas MBK dengan melaksanakan penyesuaian munasabah (reasonable accommodation) seperti
i. mengubah kelas ket tingkat bawah
ii. membenarkan MBK menggunakan tandas guru sekiranya tiada tandas mesra OKU; dan
iii. menyediakan susur landai (ramp) mudah alih
Adakah ibu bapa/penjaga boleh memohon penangguhan persekolahan MBK?
Ibu bapa/penjaga boleh memohon penangguhan persekolahan MBK yang telah berdaftar kepada pihak sekolah dengan mengemukakan surat permohonan dan dokumen sokongan.
Adakah MBK boleh mengikuti pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif (PPI) walaupun tidak boleh mengurus diri?
MBK boleh mengikuti pembelajaran di PPI dengan syarat ibu bapa/penjaga/komuniti perlu terlibat dalam pengurusan diri MBK semasa sesi pembelajaran sebagai sukarelawan seperti yang digariskan dalam SPI Bil.1/2018 bertarikh 6 Mac 2018; Garis Panduan Penglibatan Ibu bapa/Penjaga
Dan Komuniti Sebagai Sukarelawan Di Dalam Kelas (SdK).